♔POCA♔
Wednesday, December 10, 2014 | 11:24 PM | 0 love drops
Assalamualaikum guys.

Hot story in the house. Hoho. Mahu dengar ini cerita? Marilah sama-sama dengar hikayat Waa.

Bermulanya suatu hari pada hari Isnin, ceitt ayat start tak bole blah.
Sebenarnya Waa excited sangat! Korang tahu kenape?
Sebab.... MY CRUSH!
betol. 10 markah untuk anda yang betul menjawab soalan Waa.

Sebenarnya, 8 Disember, tengah hari tu pergi kafe sebab lapar la nak makan.
Dalam hati sempat berbisik cakap janganlah terjumpa sesiapa, sebab tengah pakai selekeh macam nenek. hakhak tapi takdelah macam nenek pom.
Tuptup tengah nak amik lauk, ternampak dye, Omaigod Omaigod, dalam hati kenapelah terjumpa dye masa Waa tengah pakai tak kacak ni. Faham tak kacak? haha. Maksud Waa cantik-cantiklah.
Dye konpem-konpem la ternampak Waa, siap kawan-kawan dye pom tengok sekali. Aigoo malu den.
My friend told me that, dye pom usha-usha gue.. Nampak sangat tengah skondeng Waa jugak. hehe. Malu.
Dalam hari yang sama tu jugak, malam tu terjumpa sekali lagi dengan dye dekat karnival. Tak tersangka dapat jumpa sekali lagi pada hari yang sama gak. Hari isnin tu, Monday Couple jjang!
Asal terjumpa je kawan dye mesti bersorok wuu wuu. Dye malu sangat, tapi nampak la dye skondeng Waa jugak. Konon! haha. Sempat tegur dye, tanye mane hadiah, dye cakap ada dalam loker. Suara dye neves. Takkan la malu kot? haha
Lepas tu, masa nak balik kolej, mula-mula Waa and the gang jalan nak balik dulu. Lepas tu Waa ternampak dyeorang pom sama nak gerak balik. Tengok-tengok dye lalu jalan lain, rupanya lalu tempat yang sama. Again, terjumpa dye lagi, kawan-kawan dye bersorok lagi.. haha. manelah tahu bole terjumpa balik, ingatkan tak balik laluan sekali. Sedih gak seposen. Tapi terjumpa jugak. Dye jalan belakang Waa, means macam dye teman Waa balik la.. My friend told me bila sampai kat kolej, dye babai kat Waa, tapi Waa tak perasan. Mane la Waa perasan, malu katakooo tapi Waa sempat jelir. Tak senonoh betol Waa ni. Maaf encik crush! Excited gila jumpa awak. Dah lah ni last sem! harus mencipta banyak kenangan ye Mr.Crush. Malam itu, Waa tidur dengan lenanya. hikhok. 

Keesokannya, kawan dye wechat Waa cakap taknak pergi stadium ke? Encik Crush nak g. Mane taw nak date ke? haha. Waa balas la cakap ofcourse la nak gi! So kitorang terjumpa la kat sana. Main tarik tali betol la dye tu. Asal Waa pergi kat dye je malu mak ooi. Dye memang pemalu orangnya. Takde menarik pom sebenarnya kat karnival tu, duk main pusing-pusing keliling padang tu motif semata-mata sebab nak skondeng dye. Angaukah Waa? Ntahlah. Siap bergaduh ngan orang kat padang lagi. Ish junior ni respect la kami senior awak. Bukannya Waa g duk bahagian lelaki, Waa berdiri kan tengah cakap. Ape daa, butakah? Lepas tu, kitorang pom malas nak berbahasa tunggu lelama, kitorang pom angkat punggung nak blah balik kolej. Tuptup dyeorang pom balik jugak. Again belakang Waa. Excited sih! Sampai kat kolej Waa, kawan-kawan dye suruh Waa say bye kat dye. So Waa bye-bye jelah. haha. Gelak-gelak je kawan dye tu. Ape masalah ntah? haha. Excited ler ter. Tak jadi naik bilik, dye panggil cakap kat tepi longkang, tempat 'romantik' sangat. haha. Waa tanye bila nak bagi hadiah tu, dye cakap sekarang la. Mula-mula Waa tak percaya, ingatkan dye memain. Rupanya betol. So Waa cakap tunggu sat, nak pergi letak barang dalam bilik. Waa turun bawa hadiah sekali okay untuk dye yang lama terperap! haha. Turun-turun, dyeorang still tunggu. Wah terharu sih :'( Memang gentleman sih. Lepas tu kitorang pergi kolej dye. Kawan dye wechat cakap Encik Crush nak jumpa personal ngan Waa. hehe, Segan i. Tengok-tengok dye bawa plastik besar and hulur kat Waa. And Waa pom hulurkan hadiah tu kat dye. Dye cakap eh ada jugak hadiah untuk dye. Kitorang pom ucap terima kasih each other. Waa sempat cakap Encik Crush janganlah malu. Dye cakap takdelah. Padahal malu. hehe. Ingatkan nak cakap ape-ape lagi. Takde ape. Itu je. But dye bagi dengan sweet smile dye la. Like usual. I love it.Tenks Encik CRUSH! Terharu sangat-sangat sebab sudi bagi hadiah :D

Thats my POCA!
Comel kan macam tuan dye. hehe XD
Tenks Encik Crush! :*



Hearts, Unknown

♥ Past / Future ♥